Wednesday, February 3, 2010

Rekaan Terkini, Robot Detect Bohong

Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu...

Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.

"Kamu dari mana?" tanya Samad.
"Ada pelajaran tambahan ayah", jawab anaknya.
*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.

"Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
"Maaf ayah... saya baru habis memonton movie di rumah kawan...".
"Cerita apa?
"Cerita Papadom ayah".
*PLANG*
"Katakan dengan jujur cerita apa?!"
"Maaf ayah... saya tengok cerita lucah".

Mendengarkan itu marahlah Samad.
"Kamu nie... kecil-kecil dah nakal... kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.

*PLANG* Samad ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika...

Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata... "Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak..."

*PLANG*
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya...
dan semua terdiam...
.
.
.
# Robot tampar tu ada makna....

Credit to gelihati

Surat Cinta Untuk Mahasiswa...


Surat cinta? Hmmm...rmai org yg cuma fikir surat cinta hanya untuk kalangan org yg bercinta sahaja. Mereka sebenarnya silap. Surat cinta sebenarnya ada dimana-mana. Surat cinta adalah manifestasi dari seorang insan atau satu pihak untuk menunjukkan rasa betapa kasih dan sayangnya terhadap seseorang itu... Kita jangan silap menilai apakah pengertian sebenar surat cinta buat seorang mahasiswa. Jangan di samakan dengan surat layang kerana surat layang lebih bersifat biadap dan bacul..Jika ada mana-mana mahasiswa yang menerima surat cinta seperti ini, terima dengan hati yang terbuka tanpa ada prasangka yang buruk di dalam hati. Ini adalah rona-rona kehidupan sebagai seorang mahasiswa yang agung. Surat ini adalah sebagai tanda betapa kasih dan sayangnya universiti kepada mahasiswa tersebut. ia juga beerti yang pihak universiti amat menghargai kehadiran mahasiswa tersebut di dalam alam kampus. Tetapi ingat, jangan berbuat sesuatu diluar batasan kerana surat cinta yang lebih hebat akan tiba tanpa disedari. Oleh yang demikian, hargailah surat cinta tersebut....
.
.
.
.
.
.
# Pengalaman hidup sebagai seorang mahasiswa amat indah, jangan sia-siakan kehidupan anda...

1st Time Live As Blogger...

1st time aku wat blog, mmg blur giler...Kdg2 aku fikir blog ni mmg bolok...Ntah pape pn ada nak cite kat blog. Jangan cite benda dalam kelambu sudah..Tp ni satu petanda kehidupan yg semakin maju...